Pages

Followers

Soalan penilaian asas fotografi

Godek2 laman web & blog2 fotografi tiba2 tjumpa pla post ni...Ni pasal soalan2 basic fotografi yang disediakan oleh Fototeacher.com . Seronok menjawab soalan2 ni...refresh blk otak yg hampir2 berkarat suda ni...hihihihi....Jadi saya mo kongsi la kunun sama ahli2 monsterphoto..klu brani coba la try jwab..kwang kwang kwang....


SILA JAWAB 15 SOALAN BERIKUT DALAM MASA 10 MINIT:
1)

Apabila anda ingin merakam foto seorang 
model di atas pentas yang bergerak ke arah anda,
setting AF yang manakah yang paling sesuai
digunakan dimana sistem AF sentiasa 
memfokus mengikut pergerakan subjek?
a)
Manual focus
b)
Continuous/Servo AF
c)
Single/One Shot AF
d)
Fast tracking AF
2)

Apabila anda meletakkan setting kepada 
AF lalu memfokus kepada satu subjek tetapi 
lensa tidak dapat memfokus subjek tersebut, 
apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
a)
Subjek yang difokus tidak mempunyai sebarang kontras padanya
b)
Aperture yang digunakan tidak sesuai
c)
Shutter yang digunakan terlalu perlahan
d)
CF card telah penuh
3)
11)
Sila pilih kenyataan yang SALAH:
a)
AF lebih sukar memfokus di dalam keadaan 
yang gelap tanpa bantuan cahaya untuk memfokus
b)
Bila menggunakan AF, bateri kamera lebih banyak 
digunakan berbanding memfokus menggunakan MF
c)
Apabila menggunakan setting AF, subjek mestilah 
berada di tengah-tengah viewfinder anda.
d)
Apabila menggunakan setting MF, anda perlu 
memfokus secara manual
4)

Apakah fungsi utama aperture?
a)
Mengawal kelajuan cahaya
b)
Mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera
c)
Untuk mengawal noise pada gambar
d)
Untuk menjadikan subjek lebih mudah difokus
5)

Diantara berikut, aperture manakah yang 
memberikan kemasukan cahaya yang paling banyak?
a)
1.4
b)
2.8
c)
5.6
d)
22
6)

Aperture f/16 paling sesuai digunakan untuk:
a)
Tempat gelap
b)
Untuk mendapatkan great depth of field
c)
Untuk merakam gambar potret
d)
Untuk mendapatkan latar belakang yang kabur
7)

Diantara berikut, kenyataan manakah yang 
SALAH mengenai 
shutter
?
a)
Shutter speed yang laju boleh membekukan 
pergerakan subjek apabila dirakam di dalam kamera
b)
Kawalan shutter juga boleh mengawal jumlah 
cahaya yang masuk ke dalam kamera
c)
Shutter speed laju paling sesuai digunakan 
di tempat yang kurang cahaya
d)
Shutter 1/30 boleh digunakan untuk merakam 
gambar menggunakan teknik panning
8)

Andaikan anda menggunakan ISO 100 dan 
aperture f/5.6. Shutter speed yang manakah 
yang paling sesuai digunakan untuk merakam foto di waktu malam tanpa menggunakan flash?
a)
1/8000 saat
b)
1/4000 saat
c)
1/8 saat
d)
frame per second
9)

Bagaimanakah ISO berfungsi?
a)
Membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera
b)
Menetapkan tahap sensitif sensor terhadap cahaya
c)
Memberikan hasil foto yang lebih cantik
d)
Membolehkan kamera merakam foto dengan lebih banyak
10)

Anda merakam sebuah foto dengan aperture f/11 
dan didapati foto tersebut telah under exposed sebanyak 
stopApertureapakah yang perlu anda guna untuk 
menjadikan foto tersebutnormal exposed?
a)
1/125 second
b)
f/22
c)
f/5.6
d)
f/2.8
11)

Kenyataan manakah diantara berikut adalah 
SALAH mengenaimetering pattern?
a)
Spot metering membaca kecerahan pada 
kawasan seluas 1%-5% dibahagian tengah viewfinder
b)
Metering pattern yang paling sesuai digunakan 
untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat 
di bahagian tertentu ialah spot metering
c)
Metering pattern yang digunakan tidak ada 
kaitan secara langsung dengan lensa yang digunakan
d)
Sekiranya metering pattern yang digunakan tidak
 betul, foto yang dirakam pasti akan jadi amat gelap
12)

Exposure mode A (pada kamera Nikon) atau 
AV (pada kamera Canon) berfungsi dengan cara:
a)
Kawalan exposure berfungsi secara automatic
b)
Jurufoto menetapkan aperture yang ingin digunakan 
dan kamera akan memberikan 
setting shutter yang sesuai
c)
Kamera memberikan setting aperture yang 
paling sesuai
d)
Lensa akan memfokus secara automatic
13)

Apakah kegunaan exposure compensation?
a)
Untuk menggelapkan foto
b)
Untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk 
melalui aperture
c)
Untuk menjadikan foto over atau under 
exposed
d)
Untuk menjadikan foto lebih tajam
14)

Diantara berikut, kenyataan manakah yang SALAH 
mengenai focal length?
a)
Lensa 200mm dengan aperture besar boleh 
memberikan shallow depth of field
b)
Lensa dengan focal length yang pendek sesuai 
digunakan untuk mendapatkan sudut rakaman
 yang luas
c)
Zoom lens ialah semua lensa yang lebih panjang 
dari 200mm
d)
Focal length 24mm adalah dalam kategori 
wide angle lens
15)

Diantara berikut, kenyataan manakah yang SALAH 
mengenai wide angle lens?
a)
Memberikan great depth of field
b)
Lensa yang lebih wide, biasanya memberikan
 lebih banyak distortion
c)
Lensa wide angle memberikan perspektif yang 
kurang ketara berbanding lensa telephoto
d)
Wide angle lens memberikan sudut pandangan 
yang luas


Uda di jwab gak?.....ba jan lpa catit jwpan kmu 2 arr...Sila la cek jawapan cni


Soalan2 di atas telah disediakan oleh Fototeacher.com
Mereka ini juga menyediakan kursus2 fotografi dan menjual alatan serta asesori kamera dslr dengan harga yang berpatutan...Berminat?....lawat2 la laman blog dorang ya...^__~

Sumber:
Fototeacher.com

0 comments:

Post a Comment