Soalan penilaian asas fotografi
Godek2 laman web & blog2 fotografi tiba2 tjumpa pla post ni...Ni pasal soalan2 basic fotografi yang disediakan oleh Fototeacher.com . Seronok menjawab soalan2 ni...refresh blk otak yg hampir2 berkarat suda ni...hihihihi....Jadi saya mo kongsi la kunun sama ahli2 monsterphoto..klu brani coba la try jwab..kwang kwang kwang....
See more »
SILA JAWAB 15 SOALAN BERIKUT DALAM MASA 10 MINIT: | |||
1) | Apabila anda ingin merakam foto seorang model di atas pentas yang bergerak ke arah anda, setting AF yang manakah yang paling sesuai digunakan dimana sistem AF sentiasa memfokus mengikut pergerakan subjek? | ||
a) | Manual focus | ||
b) | Continuous/Servo AF | ||
c) | Single/One Shot AF | ||
d) | Fast tracking AF | ||
2) | Apabila anda meletakkan setting kepada AF lalu memfokus kepada satu subjek tetapi lensa tidak dapat memfokus subjek tersebut, apakah sebenarnya yang sedang berlaku? | ||
a) | Subjek yang difokus tidak mempunyai sebarang kontras padanya | ||
b) | Aperture yang digunakan tidak sesuai | ||
c) | Shutter yang digunakan terlalu perlahan | ||
d) | CF card telah penuh | ||
3) | 11) | Sila pilih kenyataan yang SALAH: | |
a) | AF lebih sukar memfokus di dalam keadaan yang gelap tanpa bantuan cahaya untuk memfokus | ||
b) | Bila menggunakan AF, bateri kamera lebih banyak digunakan berbanding memfokus menggunakan MF | ||
c) | Apabila menggunakan setting AF, subjek mestilah berada di tengah-tengah viewfinder anda. | ||
d) | Apabila menggunakan setting MF, anda perlu memfokus secara manual | ||
4) | Apakah fungsi utama aperture? | ||
a) | Mengawal kelajuan cahaya | ||
b) | Mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera | ||
c) | Untuk mengawal noise pada gambar | ||
d) | Untuk menjadikan subjek lebih mudah difokus | ||
5) | Diantara berikut, aperture manakah yang memberikan kemasukan cahaya yang paling banyak? | ||
a) | 1.4 | ||
b) | 2.8 | ||
c) | 5.6 | ||
d) | 22 | ||
6) | Aperture f/16 paling sesuai digunakan untuk: | ||
a) | Tempat gelap | ||
b) | Untuk mendapatkan great depth of field | ||
c) | Untuk merakam gambar potret | ||
d) | Untuk mendapatkan latar belakang yang kabur | ||
7) | Diantara berikut, kenyataan manakah yang SALAH mengenai shutter? | ||
a) | Shutter speed yang laju boleh membekukan pergerakan subjek apabila dirakam di dalam kamera | ||
b) | Kawalan shutter juga boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera | ||
c) | Shutter speed laju paling sesuai digunakan di tempat yang kurang cahaya | ||
d) | Shutter 1/30 boleh digunakan untuk merakam gambar menggunakan teknik panning | ||
8) | Andaikan anda menggunakan ISO 100 dan aperture f/5.6. Shutter speed yang manakah yang paling sesuai digunakan untuk merakam foto di waktu malam tanpa menggunakan flash? | ||
a) | 1/8000 saat | ||
b) | 1/4000 saat | ||
c) | 1/8 saat | ||
d) | 5 frame per second | ||
9) | Bagaimanakah ISO berfungsi? | ||
a) | Membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera | ||
b) | Menetapkan tahap sensitif sensor terhadap cahaya | ||
c) | Memberikan hasil foto yang lebih cantik | ||
d) | Membolehkan kamera merakam foto dengan lebih banyak | ||
10) | Anda merakam sebuah foto dengan aperture f/11 dan didapati foto tersebut telah under exposed sebanyak 2 stop. Apertureapakah yang perlu anda guna untuk menjadikan foto tersebutnormal exposed? | ||
a) | 1/125 second | ||
b) | f/22 | ||
c) | f/5.6 | ||
d) | f/2.8 | ||
11) | Kenyataan manakah diantara berikut adalah SALAH mengenaimetering pattern? | ||
a) | Spot metering membaca kecerahan pada kawasan seluas 1%-5% dibahagian tengah viewfinder | ||
b) | Metering pattern yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat di bahagian tertentu ialah spot metering | ||
c) | Metering pattern yang digunakan tidak ada kaitan secara langsung dengan lensa yang digunakan | ||
d) | Sekiranya metering pattern yang digunakan tidak betul, foto yang dirakam pasti akan jadi amat gelap | ||
12) | Exposure mode A (pada kamera Nikon) atau AV (pada kamera Canon) berfungsi dengan cara: | ||
a) | Kawalan exposure berfungsi secara automatic | ||
b) | Jurufoto menetapkan aperture yang ingin digunakan dan kamera akan memberikan setting shutter yang sesuai | ||
c) | Kamera memberikan setting aperture yang paling sesuai | ||
d) | Lensa akan memfokus secara automatic | ||
13) | Apakah kegunaan exposure compensation? | ||
a) | Untuk menggelapkan foto | ||
b) | Untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk melalui aperture | ||
c) | Untuk menjadikan foto over atau under exposed | ||
d) | Untuk menjadikan foto lebih tajam | ||
14) | Diantara berikut, kenyataan manakah yang SALAH mengenai focal length? | ||
a) | Lensa 200mm dengan aperture besar boleh memberikan shallow depth of field | ||
b) | Lensa dengan focal length yang pendek sesuai digunakan untuk mendapatkan sudut rakaman yang luas | ||
c) | Zoom lens ialah semua lensa yang lebih panjang dari 200mm | ||
d) | Focal length 24mm adalah dalam kategori wide angle lens | ||
15) | Diantara berikut, kenyataan manakah yang SALAH mengenai wide angle lens? | ||
a) | Memberikan great depth of field | ||
b) | Lensa yang lebih wide, biasanya memberikan lebih banyak distortion | ||
c) | Lensa wide angle memberikan perspektif yang kurang ketara berbanding lensa telephoto | ||
d) | Wide angle lens memberikan sudut pandangan yang luas |
Uda di jwab gak?.....ba jan lpa catit jwpan kmu 2 arr...Sila la cek jawapan cni
Soalan2 di atas telah disediakan oleh Fototeacher.com
Mereka ini juga menyediakan kursus2 fotografi dan menjual alatan serta asesori kamera dslr dengan harga yang berpatutan...Berminat?....lawat2 la laman blog dorang ya...^__~
Sumber:
Fototeacher.comSumber:
Rule Of Third
Apa itu "Rule Of Third"??
Rule of Third adalah peraturan komposisi praktikal dalam seni visual seperti lukisan, fotografi dan rekaan. ia menyatakan bahawa gambar harus dibayangkan sebagai dibahagi menjadi sembilan bagian yang sama. seperti yang berikut
Walau demikian, ada kalanya kita harus melanggar prinsip ini dalam menghasilkan sebuah foto yang menarik bahkan lawa la. Dengan tidak menggunakan prinsip ini bukan bererti juga foto kita langsung hudus. Tapi sebelum kita melangkah jauh untuk melanggar aturan ini, sebaiknya kita mengenal dahulu apa itu Rule of Third (RoT).
Ketika membidik objek foto, kamu kasi bayangkan garis-garis ini pada gambar yang ditampilkan di view finder atau layar LCD Anda. Selanjutnya, tetapkan elemen-elemen yang Anda anggap penting pada gambar yang akan diambil.
Teori dasar dari RoT adalah menempatkan elemen-elemen penting tersebut pada salah satu garis, atau pada pertemuan dua buah garis seperti gambar di bawah ni
Hal ini berhubungan dengan sebuah kajian yang menyatakan bahwa secara natural mata manusia ketika melihat sebuah gambar biasanya akan tertuju ke salah satu titik pertembungan tersebut dan bukan di tengah-tengah gambar.
Pada foto yang menampilkan wajah orang, sebaiknya titik fokus di arahkan ke mata coz mata adalah jendela hati (ambikmu!!hahahahah)
Sekali lagi saya tekankan, kdg2 kita bole menghasilkan gambar yang bagus dan lawa dengan melanggar RoT. Tapi sebelum melakukan perlanggaran(sgja ka nda), pelajari dulu RoT sehingga Anda tahu apa yang Anda langgar dan bila sebaiknya perlanggaran dilakukan.
Peace Out!.....^__~
Fasa-fasa Jurufoto
“ADAPUN dikalangan jurufoto atau jurugambar bukan jurukamera, masih lagi keliru tentang pembahagian fasa-fasa jurufoto. Izinkanlah saya menerang sedikit pemahaman berkenaan ” The Life Cycle Of A Photographer ”
Ianya terbahagi kepada lima(5) fasa berbeza.
Fasa 1 – The Beginner
Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.
Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari “mentor” untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.
Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.
Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.
Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan “pendatang baru” ini mudah “maju kehadapan”.
Fasa 2 – The Amateur
Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.
Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.
Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.
Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode “program bias”. Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta “mulutnya sentiasa tersenyum”
Fasa 3 – Serious Amateur / Semi-Professional
Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap “separuh professional”.
Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D300 atau Canon 5D. Malah “Professional Gears” seperti Nikon D1, D2H, D2X, D3 atau Canon Eos Mark III atau seangkatan mampu dimiliki.
Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan “black-finish”. Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.
Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.
Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.
Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.
Fasa 4 – Professional / Small Master
Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.
Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya “berstatus pro”.
Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit “perasaan meninggi diri”, tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.
Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan ” Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya “. Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.
Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt ” 50 Years Annivesary” atau apa-apa “limited-edition”.
Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.
Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.
Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu.
Fasa 5 – Real Master / Top Professional
Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takuk Semi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.
Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu “Real Master / Top Professional”. Perkataan “Real” berasal dari Sepanyol bermaksud “Raja”.
Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.
Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)
“Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik” mesej ditujukan kepada muridnya.
“Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!”
“Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak”
“Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apa yang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif dan untuk menilainya, awak perlu objektif”.
Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya.
December Event
ATT: to all members in sabah and perhaps out of sabah...
Ni saya mo wat event untuk penghujung tahun ni...outing photoG di sekitar ranau terus ke sandakan....Ada yang berminat?..dan aktiviti ini berkemungkinan akan disertai oleh MC (Monster CLub) dan cabang2 Monster Club yang lain seperti MVC(Monster VIP Club), MFC (Monster Fishing Club)...kepada yang berminat sila kontek admin..tQ
Sunsets In Keningau
f14, ISO 200, 24mm, 1/100sec
ISO 200, 125mm, f10, 1/15sec
ISO 200, 106mm, f10, 1/30sec
ISO 100, 106mm, f11, 1/6sec
ISO 100, 18mm, f11, 0.5sec
ISO 100, 18mm, f11, 0.8sec
ISO 100, 48mm, f11, 1/4sec
ISO 400, 24mm, f4.0, 6.0sec
Picture taken by BonJude
Subscribe to:
Posts (Atom)