Pages

Followers

Kinabalu KK view

Picture taken by Aman
See more »

South China Sea

Picture taken by Aman
See more »

Antz Colony

Picture taken by Elon
See more »

Shades or Tanning

Picture taken by Jamil Joe
See more »

Elon's Album

Tugu Negara

Ledang Mountain View from top

Lighting

Sunset @Tanjung Aru Beach

Penis flower??

Flowers

Night at Berjaya Hills

Bird Park, KL

Finding Nemo @Aquaria,KLCC

Picture taken by Elon
See more »

ChengDu China, Jalan2 cari Minyak..^_~

500D, ISO: 200, 1/160s, f/5.6

500D, ISO: 200, 1/125s, f/11.0

500D, ISO: 1250, 1/40s, f5/6

Picture taken by Jamil Joe


See more »

Corner Lipat

Picture taken by Aman Kamal
See more »

Seni Cahaya

24 Oct 2010...spatutnya ni ari plan kuar outing bha...mcari scenery untuk di snap2...tapi last2 xjadi so xtau apa mo post suda ni....pikir pnya pikir pnya pikir yg punya pikir..hehe....xpala..ni ari sy mo kongsi beberapa tips dlm pengambilan photo...SENI CAHAYA.....enjoy


Potret dibawah sinaran matahari

(a) Kekuatan cahaya sebegini akan menghasilkan bayang-bayang yang jelas kelihatan di bawah hidung dan mata subjek.Bayang bayang ini amat mengganggu pemerhatian kita.

(b) Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menubah posisi subjek ke tempat yang redup,dimana subjek tidak lagi diterangi oleh cahaya matahari tetapi subjek akan diterangi oleh cahaya yang terpantul dari langit.

(c) Cahaya dari langit amat luas dan ia nya tersebar.Cahaya yang tesebar tidak akan menghasilkan bayang bayang yang jelas.

(d) Katakan kita hendak mengambil gambar subjek dihadapan OBJEK yang disinari oleh cahaya matahari yang terik,kita tak perlu la mengubah posisi SUBJEK ini kerana OBJEK yang terkena sinaran matahari tadi telah memantulkan cahaya yang baik untuk SUBJEK kita.

(e) Kita akan dapat pencahayaan yang baik jika kita rajin menunggu,lihat perubahan matahari dan kesan sinaranya.Selalunya waktu awal pagi dan waktu senja adalah waktu yang amat menarik dan cahaya nya cukup seimbang antara SUBJEK dan BACKGROUND

(f) Bagi fotografer professional yang sentiasa mengejar masa,mereka akan menggunakan REFLECTOR untuk memantulkan cahaya pada SUBJEK.Pembantu fotografer yang selalu pegang reflector ini.Mereka juuga meletakan REFLECTOR bewarna perak,emas atau putih dibawah SUBJEK untuk membantu lagi pantulan cahaya Ke arah SUBJEK,lantas mengurangkan bayang bayang.

(g) Ada juga yang dipanggl Cahaya tiruan.Apabila kita menggunakan FLASH dan dihalakan ke SUBJEK,ianya akan membesarkan lagi kawasan pencahayaan itu.Cahaya dari FLASH akan mengisi dan mengurangkan bayang bayang pada SUBJEK.Proses ini dikenali sebagai FILL FLASH.

(h) FLASH elektronik mempunyai sama warna seakan akan matahari sekitar waktu tengahari.Jika kita menggunakan FLASH pada waktu ala pagi atau senja,hasilnya seperti tidak asli.Profesional mengatasi masalah ini dengan memasang GEL bewarna dihadapan FLASH.


Setting & Control

Tidak ada setting dan control yang ditetapkan.Ia berubah mengikut kreativiti dan keadaan.

Tetapi ini hanya sebagai Panduan

I. Histogram
• Histogram ialah salah satu cara untuk menentukan Imej yang dirakam mempunyai EXPOSURE(dedahan cahaya) yang cukup atau pun tidak.Kita tak perlu bergantung pada LCD kamera yang mungkin tidak tepat.
• Histogram mempamirkan secara digital maklumat dan data Imej yang dirakam.
• Ianya terdiri dari graf piksel berdasarkan kecerahan
• Jika imej yang dirakam itu gelap,Gambarajah pada graf akan lebih tertumpu pada sebelah kiri manakala jika imej yang dirakam itu gelap gambarajah akan lebih tertumpu pada sebelah kanan.
• Imej yang cukup pencahayaanya akam mempunyai graf yang sekata dimana tiada lebihan tertumpu pada kiri dan kanan graf.Graf akan menunjukan seakan sebuah bukit yang mempunyai satu puncak sahaja ditengah.
• Jika imej yang dirakam itu menunjukkan lebihan pada kiri atau kana graf,eloklah kita membetulkan nilai APERTURE & SHUTTER kita.Bagi yang tiada fungsi ini,gunakanlah EV seperti yang telah dibincangkan.
• Kebanyakan kamera sekarang sudah mempunyai fungsi histogram yang akan muncul di LCD anda sebelum anda merakam imej.Ini sangat membantu.

II. Burst Mode
• Fungsi yang membolehkan kita merakam imej dalam kuantiti yang banyak hanya dalam sesaat.
• Fungsi ini elok digunakan untuk merakam SUBJEK yang bergerak. Supaya tidak terlepas saat saat yang beharga,Terutamanya acara sukan.
• Apabila fungsi ini diaktifkan,kamera akan merakam imej SUBJEK dalam kelajuan 3 hingga 5 imej per saat.Laju bukan? Kamera dSLR mempunyai kelajuan yang lebih tinggi sekitar 9 imej sesaat.

III. Fungsi kawalan Manual,Aperture Priority dan Shutter Priority
• Dail kawalan MANUAL, APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY terletak diatas kamera. Dail ini tertera A/S/M pada kamera Olympus dan Nikon. Berlainan pada canon Av/Tv/M. Av untuk fungsi APERTURE PRIORITY dan Tv untuk fungsi SHUTTER PRIORITY.
• Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, fungsi APERTURE PRIORITY adalah untuk mengawal bukaan Lensa dan fungsi SHUTTER PRIORITY adalah untuk mengawal berapa lama SHUTTER dibiarkan terbuka.Faham tak setakat ini?
• Fungsi kedua dua ini mempunyai hubungkait untuk menghasilkan imej yang berkualiti
• Pada fungsi otomatik, Kamera akan menentukur sendiri gabungan nilai APERTURE dan SHUTTER SPEED dan kadang kadang fungsi otomatik ini tidak memberikan hasil mengikut apa yang kita inginkan.Disinilah fungsi APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY diperlukan.
• Kita sendiri akan mengawal nilai APERTURE bila kita menggunakan fungsi APERTURE PRIORITY manakala kamera akan mengubah nilai SHUTTER SPEED mengikut kesesuaian nilai APERTURE yang kita tentukan.Begitulah sebaliknya.
• Dalam fungsi APERTURE PRIORITY Apabila kita menggunakan nilai APERTURE yang tinggi seperti f8 atau f10,ini bermaksud bukaan lensa adalah kecil. Ini akan menyebabkan kamera memilih nilai SHUTTER SPEED yang amat rendah. Keadaan ini agak rumit sedikit jika kita mempunyai tangan yang bergetar atau jika kita tidak menggunakan tripod imej yang terhasil kemungkinan besar akan kabur.

IV. Kawalan ISO
- Terma ISO ini dibawa dari era kamera filem. Filem yang digunakan diklasifikasikan mengikut kelajuan filem iaitu nilai kepekaan filem terhadap cahaya.

- Sekarang, terma ISO masih lagi diguna pakai dan membawa maksud dan kegunaan yang sama Cuma ianya diaplikasikan ke sensor digital

- Kita kadang kadang menghadapi masalah untuk mengambil gambar dalam keadaan sekitaran yang gelap,jika gambar yang diambil itu pasti akan kabur dan gelap.Disinilah peranan ISO berfungsi,Cuma dengan meningkatkan nilai ISO dan seterusnya kita mampu meningkatkan nilai APERTURE dan nilai SHUTTER SPEED.

- ISO memberikan kita kebebasan dan kemampuan untuk merakam imej di dalam keadaan yang gelap dan pencahayaan yang tidak sekata.

- Kekurangan ISO ini terletak pada nilainya. Semakin tinggi nilai yang kita tetapkan semakin banyak NOISE yang terhasil.

- NOISE adalah biji-bijian yang terhasil pada imej yang dirakam. Juga dalam bentuk piksel halus yang bewarna yang tidak sepatutnya berada didalam imej.

- Rakamlah imej dalam beberapa nilai ISO yang berlainan dan perhatikan yang mana satu boleh diterima.


Pening da ka mbaca..heheh...ok la...nnt sy smbung di post seterusnya yah.....Stay tuned
See more »

Floria 2010@putrajaya

Canon 500D with ISO:200, F/4.5, 1/320sec


Canon 500D with ISO:200, F/5.6, 1/4sec.



Canon 500D with ISO:200, F/16, 1/6sec.


Canon 500D, ISO 200, f/5.6, Shutter 1/4sec.
Picture taken by Jamil Joe
See more »

Sunsets in Nambayan Tambunan

Picture taken by Aman Kamal
See more »

CloseUp is FUN!

Picture taken by Jamil Joe
See more »

Can u see it?

Picture taken by Jamil Joe
See more »

Sony A290

Okey...skarang ni kta ada member yg pkai Sony A290. So sepa2 yg minat sony and ingin tahu kualiti gambar yang dihasilkan ini adalah contoh2nya....
p/s: hopefully more pic from him to be post here for us to enjoy!




Picture taken by Ruff Feez
See more »

Inspirasi Lensa

Picture taken by Aman Kamal
See more »

Blue makes u calm

Picture taken by Aman Kamal
See more »

Somewhere Around Keningau













Picture Taken by BonJude
See more »

Doa Seorang Anak

Picture taken by Aman Kamal
See more »

Trying for a wallpaper picture

Picture taken by BonJude
See more »

ABSTRAK

Picture Taken by Aman Kamal
See more »

Mari bermain dengan HDR

HDR (High Dynamic range)
   HDR bermaksud High Dynamic Range. Knapa kna pggil bgtu sebab dia kasi jelas detail2 yang biasa cuma boleh dilihat dalam gambar yang under exposure sma over exposure.


     Boleh dikatakan sebagai salah 1 teknik mengambil gambar. Bezanya cara pengambilan dan cara mengolah gambar tersebut.Ada pelbagai teknik HDR yang boleh digunakan tetapi yang paling senang ialah teknik menggabungkan beberapa keping gambar iaitu sekurang-kurangnya 3 keping gambar yang berlainan exposure. Gambar-gambar seperti yang over exposure, under exposure dan normal exposure. Tahap pengexposure'an terpulanglah sma kamu mo mcm mna kn...


   Ada pelbagai software yang kamu boleh gunakan untuk menghasil gambar HDR ni contohnya Adobe Photoshop 5, Dynamic Photo HDR atau yang saya biasa gunakan ialah Photomatix Pro..(klu mo link donlod ksi tau ja nnt sy bgi,,heheh)


  Jadi sini sy ksi serta la gambar2 yang suda sy ksi HDRkan..sori la klu nda memuaskan ati..^_~





Picture Taken and edited by BonJude

    Ini plak contoh HDR photo by very2 profesional photographer










See more »

Shutter, Aperture, dan ISO

Ketiga2 ini merupakan faktor paling penting dalam photography… Ianya menentukan exposure sesuatu gambar tersebut. Selain exposure, ianya turut mempengaruhi faktor lain seperti “depth of field” atau keluasan fokus , sharpness dan lain-lain…Penggunaan ketiga-tiga faktor ini dalam penghasilan sesuatu gambar itu perlulah harmoni memandangkan ianya merupakan faktor penentu kepada exposure sesuatu gambar itu…
1 ) Shutter 

Satu komponen di dalam kamera dimana ianya berfungsi untuk menentukan  jumlah cahaya yang akan masuk di dalam ke sensor atau filem sesebuah camera itu sendiri pada jumlah masa yang tertentu. Kelajuan nya dikira dalam millisecond atau milisaat
2) Aperture

Aperture juga menjalankan fungsi dimana ianya menentukan jumlah cahaya yang akan masuk melalui lens dan terus ke sensor atau filem. Aperture juga mempengaruhi beberapa perkara lain di dalam photography sebagai contoh depth of field atau darjah subjek di dalam focus dan ianya turut mempengaruhi sharpness sesuatu gambar itu sendiri. Aperture dibaca dalam unit “f” contoh nya, f2.8 , f4, f5.6 gitu… Dan aperture mempunyai bacaan yang terbalik dari keadaan fizikal dia… Semakin besar bukaan aperture itu, semakin kecil lah nombor dia… rujuk rajah di bawah…

3) ISO sensitivity atau speed


Setengah orang panggil sensitivity setengah panggil speed. – Ini pula merupakan tahap ke-sensitifan sensor atau filem anda terhadap cahaya. Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200… camera canggih-canggih & mahal-mahal ni ada yang ISO sampai 3200 sampai 6400 pun ad… fuyooOooohhh… ISO ni penting bila korang nak tangkap gambar malam-malam kan… Gelap… jadi korang naik kan la ISO kamera korang tu…
Jadi sekarang, bagaimana mereka berkait… ? korang mesti ingat lagi pasal exposure kan? ingat tak pasal exposure indicator? .  Perhatikan kamera korang, tengok pada exposure indicator tu,  seperti yang kita bincang kan kat dalam entry berkenaan exposure, tiga perkara di atas saling berkaitan antara satu sama lain…
Secara mudah nak faham lah. Bila shutter korang perlahan, jadi ianya membenarkan lebih banyak cahaya masuk mengenai sensor korang… Jadi, aperture pula akan menjalankan tugas untuk mengecilkan bukaan dia untuk mengurangkan jumlah kemasukan cahaya . Macam tu juga lah bila shutter korang laju… Aperture akan membuka lebih besar untuk membenarkan lebih cahaya masuk.
Situasi di atas pula (shutter laju atau slow/aperture besar atau kecil) di tentukan oleh tahap kesensitifan sensor… which is ISO lah… Apabila ISO korang makin sensitif terhadap cahaya . Jadi korang perlulah melajukan shutter dan mengecilkan aperture untuk korang dapat exposure yang ideal… Dan, begitulah juga sebaliknya…

Sumber: http://www.belajarkamera.com
See more »